kepakchicken.bLogspot

March 5, 2010

Permulaan atau pengakhiran?

Hahahaha!!! Giler gaban. lama aku tinggalkan blog ku nih, bersawang-sawang ye dok. Ish. Kebetulan punyai sedikit masa terluang, maka lancar jariku menaip password blog yang terlintas di fikiran. Nah! Rupanyer~ Jika blog ni mampu bersuara, harus ku dimarahi, ditengking, dan bermacam 'di' lagi la.. Bagaimana mahu memulakan? Apa yang telah dilalui sepanjang tempoh bertenang dari penulisan? Terlalu banyak. Tak mampu untuk menzahirkan segalanya di sini. Biarlah aku je yang tahu. Wah! oke, cut the crap. haha xmo la jadi terlebih sensitif, mengambil kata-kata seorang pelakon di dalam filem P.Ramlee, 'sikit-sikit sudahlahhhh..' Hmm. Sabtu. Biasanya aku taklah bangun seawal ni. Mungkin sahaja terganggu dengan flu sejak semalam. Flu? Remind me to someone. Kadang-kadang (actually selalu jugek!), ape yang jadi kat die, akan jadi kat aku. kebetulan? Nop! Takdir. Ape aku nak wat hari ni. Attending college open-day? Menyambar sehelai dua shawl yang ditag melalui FB? atau berjalan-jalan ke Pasar di UiTM sana, menemani kawan2 membeli keperluan untuk booth esok? atau duduk di rumah, melayan cerita hindustan? opppSS! reject yang ketiga ini. Xpe, macam biase, Cik Deqlah jarang plan ape2 xtvt. Just go with the flow. Idea pasti hadir menjenguk ruang minda, menuntut tindakan susulan yang selalunya berakhir dengan kegembiraan! Semalam menyuarakan hajat kepada seorang teman rapat, "aku ingat nak beli gitar, ko still ade contact number si polan bin si polan, so that aku leh belajar dari die.".. Temanku tersenyum, lantas mahu diberikan nombor yang diminta. Tapi, aku plak wat derk. Mungkin saja sedang menumpukan perhatian kepada filem di tv-My Super Ex-Girlfriend lakonan Uma Thurman. Later lah, kalau beli pun, tade masalah. Akan dimanfaatkan since final sem aku ni sangat membosankan. Yelah, class x byk. Dua je. Satu lagi situasi yang menarik perhatian Cik Deqlah : membela hamster!.. Tak taw la.. Tengok dulu. Takot mati kejung je binatang comel tuh nanti. Ya Tuhan, perut semakin digasak segala mcm asid minta diberi perhatian.. GTG.
P/S: Sekarang sgt obses (jika boleh dikatakan) lagu Trouble Is A Friend by Lenka & Suara Ku Berharap by Hijau Daun. Layaann! :)

August 26, 2009

Tak sabar!!

Ha. Meh nak share ape yg aku suke cari kat bazar Ramadhan Satok, P.J, Stutong & 7th Mile, Sarawak.
Amaran keras! Sila kawal nafsu makan anda ek.. (^.^)


Peel Fresh. Grape or Apple with Aloe Vera bits. Ni tade la jual kat bazar plak kan. Cari kat pasaraya. Slurppp! *wajib*
Soya Bean: Abadi. Setia. Selamanya. Wah! *wajib

Kurma kan ade glukosa (gula ringkas, snang utk terus dicerna menjadi tenaga, x cam makanan berlemak/bergula yg lain, lmbat dicerna & jadi lemak+kolesterol = tambah berat badan. Kita dh puasa 12 jam, so why not mkn kurma yg bagos nih utk mendapatkan sumber tenaga yg lebih afdal), ade serat & zat besi gak. Perfect! Islam itu indah. Sunnah Nabi itu indah. Mengamalkannya, maka kehidupan kita menjadi indah. *wajib

Chipsmore Butter Crunch menjadi pilihan. Don't be surprise, kdg2 aku mkn ni jek time berbuka b4 gi terawih kat IPTAR nun. 25 % extra choc tuh.... ;D

Ha. Kek batik. Uuuu sgt2 suke! Tak tentu hala kalo tade nih. LOVE U! *wajib

Karipap pusing & karipap sardin ler aku carik. Tapi, mkn tgh2 jek, yg berpintal2 tuh aku tolak tepi. Huhu. Pelik? NOP~

Sate ayam or daging? Mane2 jek. Gigit, Tarik, Kunyah & Telan. Erkk! Alhamdulillah.

Sedap bangat nih sotong goreng tepung.

Emm. Laksa Penang. Kalo kat Lipis, Kak An rajen wat nih time bufday anyone dlm familyku~ Miss her laksa penang lor.

Lemon Chicken pon aku suke beli. Kat Bazar Stutong ade.

Popia basah. Apesal nama gitu pon ku taktau. Men makan jek. Tade keje nak kaji asal-usul name beliau. Sedap dimakan. *wajib

Ikan bakar cicah air asam. Tapi, aku tade cicah2 la. Kang bisa perut. ;D

Ha. Ni butter prawn. Beli kat Raja Ayam Penyet, the best in town. Yummy!

Sotong sumbat pon aku sgt la suke. Dan sebenarnya, ku suke seafood.

Ganu mariiiii..Kopok lekor in da club! huhu. *wajib

Ayam percik pon ade dlm list. Haruslah~

Nasik lemak special. Ayam lebih satuuuuu! ;D

*****
Skang kita beralih kepada menu wajib bagi Sarawakian. Cam chef rancangan masakan dh aku.Tapi, aku tak berapa leh makan nih sume. No offense k, but due to my health condition. 4 sure, sedap if cuba.

1. Umai udang. Umai nih ade beberapa jenis, udang, ikan, depend pd selera. Mentah, cam sushi jek. hehe. Tapi, agak berbisa coz ade limau, cili, asam, benda2 masam. So, ku avoid.

2. Mee kolok. Aku kurang mkn makanan yg ade sup or berkuah except laksa penang jek. Mee nih special kat sini, ade campur daging lembu gak. Kuah sup + kicap pedas. Pedas?? huhu. Avoid.
3. Bubur pedas. Ha, ni menu wajib time bulan pose. Special la. Cam kat Semenanjung, bubur lambuk/bubur caca kan. Bubur ni byk giler sayur + ulam-ulaman, udang or daging or ayam, nasik nyer ciput jek, tuh pon dlm perencah nyer. Pedas & sayur?? Sah2 kena avoid. ;D

Nih sume alert kot. Kek Lapis Sarawak. Ade berpuluh2 jenis. Tp, aku takleh nk mkn byk cz dibuat dr butter & marjerin. Sedap mmg la, cara nk wat agak complicated, corak mcm2, colourful gak (sayang nak makan kata mak aku), kreatif ah diorang nih. They have to do layer by layer & take time to finish it. Student yg study kat sini or yg keje sini, if nak balik Semenanjung, mesti beli kek lapis as a souvenier from Sarawak. Kalo mahal pon, padan la dgn the step kan.


****

Hehe..tade niat pon nak wat selera sape2 terbuka. Maap. Bulan puasa nih kena kawal segala nafsu. kan? Nak share something gak. Lima perkara berkaitan. Kalo kita kuat makan (1), berat bertambah. Bila berat bertambah, jadi pemalas(2). Pemalas nak solat cthnya, yg wajib apatah lagi yg sunat. Nafsu (3) org kuar makan ni besar. Nafsu psl macam2 la. Bila malas solat & nafsu utk perkara lain lagi besar, sah2 hati jadi keras (4). Asyik pk diri sendiri jek, buat ape pun jiwa tak tenang, pemarah, rasa resah. Bila hati dah jadi keras, buat banyak dosa lak(5). Yelah, dh jadi manusia yg tak peduli pe2 kan. Minum arak ke, maksiat, berjudi, mengumpat, marah2 tak tentu hala, dan seangkatan dengannya. Pastuh? paham2 la sendiri. Fikirkan. Peringatan utk diri ni & kamu. Sharing is Caring! InsyaAllah. ;D
Selamat berpuasa semua!

****