kepakchicken.bLogspot

March 11, 2010

Penghapus Dosa-Dosa Kecil



Ha. Amek ko Deq. Dlm tempoh sebulan ni, ade dua kali dh ko demam+flu+batuk segale. tuh lah, x jage kesihatan (provokasi dalaman)..haha. siyes, aku tak selesa saket begini. Semalam je, dekat kol 6 pagi baru leh lelap. Tuh pun setelah puas aku dok racing dlm game, godek2 lappy, kemas2 bilik, lipat pakaian (sungguh tak ku sangke), layan hitz. huh! Kepale pening, hidung berair2, cough. arghh~ Copp!! Ini semua ade hikmah. Bila kita sakit, kan sebagai penghapus dosa-dosa kecil. Dosa besar camne plak? Ha yang tuh lu pk lah sendiri nyahhh~.. Tadi pakse gak telan makanan, even rase cam telan pasir kat Cherating nun. huhu. Sebab sok smpai Ahad, aku ade Program Rakan Muda Wawasan Desa kat Semantan. 3D 2N. Tepi pantai wok! Kire aku bakal ade family angkat kedua la kat Sarawak Bumi Kenyalang nie afta yang kat Kg. Tebelu dat day. Sbb tuh aku pakse gak telan panadol, ubat batuk, flu segale. Hope everythings gonna be better. Wat derk je, relax suda. Haha.. Aku tetap aku, yang suke kepada cabaran. Lantaklah ape orang lain nak cakap. Time kasih kepada yg sudi menasihat utk kesihatan aku. Semoga Allah merahmati kehidupan korang. Amin.

p/s : Bila tah aku nak berkemas2 barang2 nih. Malaasssssnyer!

March 5, 2010

Permulaan atau pengakhiran?

Hahahaha!!! Giler gaban. lama aku tinggalkan blog ku nih, bersawang-sawang ye dok. Ish. Kebetulan punyai sedikit masa terluang, maka lancar jariku menaip password blog yang terlintas di fikiran. Nah! Rupanyer~ Jika blog ni mampu bersuara, harus ku dimarahi, ditengking, dan bermacam 'di' lagi la.. Bagaimana mahu memulakan? Apa yang telah dilalui sepanjang tempoh bertenang dari penulisan? Terlalu banyak. Tak mampu untuk menzahirkan segalanya di sini. Biarlah aku je yang tahu. Wah! oke, cut the crap. haha xmo la jadi terlebih sensitif, mengambil kata-kata seorang pelakon di dalam filem P.Ramlee, 'sikit-sikit sudahlahhhh..' Hmm. Sabtu. Biasanya aku taklah bangun seawal ni. Mungkin sahaja terganggu dengan flu sejak semalam. Flu? Remind me to someone. Kadang-kadang (actually selalu jugek!), ape yang jadi kat die, akan jadi kat aku. kebetulan? Nop! Takdir. Ape aku nak wat hari ni. Attending college open-day? Menyambar sehelai dua shawl yang ditag melalui FB? atau berjalan-jalan ke Pasar di UiTM sana, menemani kawan2 membeli keperluan untuk booth esok? atau duduk di rumah, melayan cerita hindustan? opppSS! reject yang ketiga ini. Xpe, macam biase, Cik Deqlah jarang plan ape2 xtvt. Just go with the flow. Idea pasti hadir menjenguk ruang minda, menuntut tindakan susulan yang selalunya berakhir dengan kegembiraan! Semalam menyuarakan hajat kepada seorang teman rapat, "aku ingat nak beli gitar, ko still ade contact number si polan bin si polan, so that aku leh belajar dari die.".. Temanku tersenyum, lantas mahu diberikan nombor yang diminta. Tapi, aku plak wat derk. Mungkin saja sedang menumpukan perhatian kepada filem di tv-My Super Ex-Girlfriend lakonan Uma Thurman. Later lah, kalau beli pun, tade masalah. Akan dimanfaatkan since final sem aku ni sangat membosankan. Yelah, class x byk. Dua je. Satu lagi situasi yang menarik perhatian Cik Deqlah : membela hamster!.. Tak taw la.. Tengok dulu. Takot mati kejung je binatang comel tuh nanti. Ya Tuhan, perut semakin digasak segala mcm asid minta diberi perhatian.. GTG.
P/S: Sekarang sgt obses (jika boleh dikatakan) lagu Trouble Is A Friend by Lenka & Suara Ku Berharap by Hijau Daun. Layaann! :)