kepakchicken.bLogspot

August 9, 2010

::Separuh kenangan Cik Deqlah::

O.T ler plak..arghh..
tibe2 terasa nak mengimbau kenangan silam.
Isk. Ha, dh nak pose. 4 tahun b4 nie pose kat Sarawak, jauh dari family. Now, I'm working. Duh~ Bila nak rasa pose dgn family cam time kecik2 dulu eh. Pose cun sehari, abah bagi singgit. Petang2, berlari2 la aku & akak aku gi kedai Pakteh, beli popia pedas tuh. or gi Kedai Aci beli eskem. Dari kecik, mak mesti wat bandung campur 7-up, and nasik ulam. ni juadah wajib sampaila skang nie. abah mesti sediakan sume ni, side dish tuh terpulang la ape2. ayam percik la paling aku layan kan. Pastuh gi terawih ramai2. Moreh beb! hehe..main2 je dgn kwn2 kat saf belakang, bertumbuk la, main kejar2. bile jemaah bagi salam, kitorang cepat2 berlakon kunun2 bg salam gak. haha..:D siap tuh, ape lagi, saat yg ditunggu2. main mercun! awal pose dh byk stok mercun bai. hmm..byk lg kenangan2 best dolu2. rindu!! bile dh besau, belajar dhla jauh dr family, berbuka, sahur sume dgn kwn2..skang pun nampak gayanya sama jelah.. xpe, redha. hehe..

till then, selamat berpuasa!

July 17, 2010

::Dunia Pasca-Ijazah Cik DeqLah::

tgh lyn Jangan Lupa Lirik..terasa nak menaip plak dlm blog nie.Hmm..sekejap btol masa nie berlalu..kalau dapat ditahan, nak gak aku stopkan jap masa yang ada nie. Skang mak N abah ade kat rumah akak aku nie gak, saje jalan2 nak layan durian D24 kat cnie. aku sampai mlm semalam, tros gerak pas habis keja. dorang sampai tadi. Rindu kat diorang. Sok aku balik KL, dorang balik KL gak (Kuala Lipis).Start keja ni, aku tade masa lagi balik Lipis. Weekend je balik rumah kak an. keja? Yup, executive officer bhgn undang2 kat PTPTN. Baru masuk 1hb hari tuh. Syukur la lepas interview sume. Skop tugas yg agak mencabar. Main dgn agreement, rayuan borrowers, how to deal & manage their case, negotiate with lawyer, court, saman..etc..peh. agak complicated. Since aku accept offer keja nie, aku terpakse la tolak tepi jadi cikgu tuh..lagipun kena ajar form 5-english..kang students2 lagi besau dr aku, camne? haha..takpe, slow2 je aku belajar bina hidup. biasalah, kehidupan gnie, sgt mencabar..aku terima sume ni sebagai cabaran la..yelah, pempuan, keja kat KL, stay sorang2 meneruskan & menguruskan kehidupan. :) hope eveythings going well for me. amin.

* need to stop..kepale aku jammed bau durian..huhu..family kenduri durian kaw2.. huishhh...cam kena ice lak. :D

June 23, 2010

Kucikoya-kucikoya! :D

Apaan yang ku pikirin smpei nggak bisa lelapkan mata? ya enggak ada apa2..aku penat sebenarnya. Kelmarin gerak naik KL, coz semalam interview kat Wisma Chase Perdana..Teett! Terkena aku time interview ni wey. Meh nak story-mory. Aku bukan jenis suke wat complicated things, time isi borang pun, member yg semangat. Gtaw ade lubang, aku iyekan ajelah, tade tindakan susulan. Hari last anta, aku still wat derk..Haha! Die lak yg tulun watkan resume aku & submit. Pengesahan sijil pun die wat, siap diusungnya ke UPM, suh abg ipar die sahkan & support. Time dpt kol pun, aku wat selambe smpailah akk aku yg suh gi. Heh! Then aku pun menuju la ke Damansara utk interview, dgn muke selambe taktaw pe2 kan, tade wat pe2 homework pun. wat relax je beb. smpai dlm kol 11.15 am..(arituh akk tuh tepon, ckp kol 11, selamberrrr). aku pun tnya akk urusetia tuh, apesal nama aku tade kat borang register, xkan nak kenakan aku kot. akk tuh gelak & gtaw nama aku sesi petang kol 2.30. kesilapan teknikal. lahabau! try gak wat muke seposen mtk sesi pagi, tp akk tuh gelak lagi(suke gelak agaknye), katanya boleh tp kena tunggu smpai sume candidate hbs. aku pandang kat candidates, adelah dlm 20 keping, huh mls ar tunggu. Lemau ar. Sempat gak aku wish goodluck kat dorang sume yg kepelikan tgk sikap mesra alam aku, hbs tuh, dh sume muke ketat & menghafal kan..psiko cketlah. hehe..Beredar & menuju ke One Utama la layan movie sat. Nsb gak kazen amek cuti, so sukati jek aku mengarah beliau ke sana ke mari kan..layan karate-kid, tp lagi 20 minit nk hbs, saat2 klimaks, kazen ajak aku blah, kang x sempat interview. Die lak risau lebih. kuciwa aku xdpt tgk klimaks movie. Singgah cari fail (tgk..punya la selambe..file pun tade)..aku last smpai kat Wisma, tgk2 nama nombor 16. peh! Terpikir nape abah x letak nama aku Aminah ke, Alabama ke, Apokalis ke, Air Batu Campur ke, kalo x, mesti nama aku 1st kena interview. :D Hijau muke dok tunggu. aku pun sibuk bergerak la mengacau calon2 lain. sempat gak aku pinjam info dorang, study cket. xlah obvious aku sorang je yg selambe kan. Tibe turn aku, kol 4.40pm. Soalan2 plak yg kasi aku ckp byk kan, siap dgn tgn2 aku menghurai, cam bersilat pun ade. haha! 20 minit gak, member yg br kenal kat luar sume tnya apesal aku lame giler. aku gtaw, panel ajak aku mengumpat. hehe. nsb bek die tnya sape pengerusi ptptn aku dpt jwb, malu ar kalo x dpt, YB Lipis kot.. pangkat sedara lak tuh, ade aku kena lempang laju2 x kenal sedara kang. :D Hbs je, tros aku blah. Singgah Burger King sat melantak, dr pagi lom mkn pe2. Sampai je umah akk aku, die suh siap2 nak ajak kuar & lepak2. Adoi! Then br la abg ipar aku gtaw, kuar tuh utk celebrate kejayaan Aeman yg dpt result agak memberansangkan dlm exam. dak darjah 1 paling kecik tuh terer gak even nakal & byk main woo.. x sangke! Makin syg aku kat die. If aku ade mslh, & die ade kat aku, mmg aku hug die.. Congratz Aben! :) ptg kang plan nak balik Lipis, Ida si kurus tuh mmg tunggu aku nak balik sekali. Die blk dr Shah Alam, tros singgah umah akk aku, semata2 nak blk umah abah sekali dgn aku. Cit! Penakut punya adik..dgr cite karnival Lipis dh start. ni event tahunan Lipis, Siti tuh pun bakat tercungkil dr karnival nie la, coz tiap2 tahun muke die je nyanyi kan..kinda like Jomheboh la. Jemput dtg ke Kuala Lipis.. hehe. Okeh! Skang mata aku sgt mantoi. Pas subuh tido la plak. Till then, daa~

May 12, 2010

Indah, indah serta indah!

Yeeha! Sudah pulang dari bercuti! bercuti?? no way! I was attending Kursus Asas Keusahawanan Siswa Siri 1 2010 at Santubong Resort, from 7-12 May 2010..Fuh! Kursus yang amat membantu bai. Katalah pasni nak jadi usahawan, disebabkan dh ade sijil dari INSKEN (under MITI), boleh wat loan serendah RM 20,000 sehingga nilai maksimum, RM 250,000..wow! mmg kerajaan nak bantu sgt2 usahawan kelas pertengahan. Banyak sgt benda2 berguna aku taw dari KAKS ni, x rugilah joint. Seriously. Slot ceramah dari pelbagai agensi : SSM, MATRADE,PNS, SME Bank, PUNB, MARA, TEKUN, & sume yg bagi talk kali ni, sgt2 berjaya sebagai seorang usahawan. Ade gak forum2 by De Wanie Cake owner, Homestay owner, & Mr. Alfian dari Almas Collection, MARA & TEKUN. Dlm KAKS ni, aku diberi tanggungjawab sebagai penghuluwati & MC. Erk! :) Last activity here. Enjoy sbb member2 yang joint pun ramai yang aku kenal since dh byk kali joint program2 yang sama before ni, ade gak yang kerek giler (ni isu Geng Gulung haha!), dan ade yang menarik perhatian aku (teeett!)..sepanjang kat Santubong Resort, aku enjoy giler. Petang pi beach, swimming pool, pusing2 sekitar resort, usya mat saleh, wat video clip kat beach ahaha!, time wat simulasi, my team kena ke India Street mencari pendapatan hehe..4 team, 4 lokasi. Kitorang xleh bawak duit langsung, bwk doposen je utk ke toilet & sebotol mineral setiap seorang. Pandai2 la nak idop n camne nak generate idea utk dapatkan income & makan coz mmmg x bwk duit, siap kena cek lagi dgn urusetia b4 ke lokasi nak pastikan sorang pun x bwk duit. Kebetulan, aku & dua org lagi ahli team aku, berjaya dapatakan keja kat kedai makan, so breakfast & lunch kami dicover & diberi RM 10 seorang coz tolong akk Faza kat restoran die. Belajar la camne nak entertain customer, amek order, wat air (wekk!), hidangkan makanan..waaaaa~ member2 lain wat macam2 keja, cam tolong jualkan reload, paper, shawl,etc. Ade team yang mampu dapat smpai 3 rat lebih, baguslah cara diorang bisnes. wat cagaran, jual mineral pun smpai rm10..tapi ade je yang beli, ayat & teknik kena power dlm bisnes. Malam presentation, aku cam tade mood sket, tapi kena gak jadi presenter utk group aku. Alhamdulillah, Tuan Haji Shafiee puji..hehe thanks! time makan best gak, even aku agak byk skip. haha..agaklah wey, 6 kali sehari. Gemok bagai gajah lak aku kang. Tido mmg x cukup, bkn sbb jadual yang terlalu padat, santai je pun. Tapi aku yang xleh kena aircond sgt ni, mmg agak berpusing2 atas katil time nak tido. kesudahannya?? Hmm..tido dlm sejam dua. Huhu~ Sejuk!!~~~ Paling best??? surprise birthday party!!!! wahh! aku & 3 orang lagi peserta dipanggil oleh urusetia konon2 ade wat salah, mmg psiko ar.. tapi aku senyum je coz sgt2 pasti aku tade wat salah. Then urusetia suh kitorang masuk semule ke dlm dewan pas dh habis soal-siasat kitorang berempat kat luar. Peserta lain seramai 31 orang lagi, sume dok dalam bulatan n wat muke bengang, then cam provok kami berempat. Tibe2, dorang jerit 'Happy Birthday!'ade sebijik kek coklat+cheese atas meja, siap dgn lilin..wah! orait, aku sgt2 terkejut..hehe..yup, my birthday dh lepas, tp urusetia kate, dorang wat 4 those who were born in April & May. Dapat adiah gak. Thanks korang sume, good job guys! I like it.. hehe.
Malam semlam kuar dengan dak2 KAKS ni ke The Spring. Kunun2 reunion. Gedik je, padahal program baru habis..hehe.Idzhar, Yazid, Fairuz, Rizal, Rahim, Zamir, Hairy, Daus, aku, June & Jaafar, kitorang layan IP-MAN. Tapi aku tengok dlm 15 minit pertama je, selebihnya aku tertido!!! haha.. ngantok kaw2..pastuh ramai2 pi mkn kat Cafe Bonda, hujan lebat woo.. dalam 2.30 am baru sume bergerak balik.
Oke, mau pi amek baju2 yang aku rase dlm 2,3 baldi gak kat laundry bawah.. haha! Pasni nak kuar. Nanti sambung. Daa~

May 6, 2010

Gajah Merah Jambu dan Si Gagak Hitam

Tuh tajuk novel terbitan syarikat aku satu hari nanti, menceritakan kisah politik mungkin :) Pagi ni Deqlah tak tido dah pas subuh cam biase. Kenapa? Semalam tido awal kot.. Sorrylah Iz, x reply coz dh ketiduran. Bkn xmo kuar, tapi sengal je bahu nie. Penat mengemas barang2 yang dh 4 tahun bersawang bersama. Malam semalam, penat mengangkat luggage yang rasenya 2 kali ganda berat bdn Ida & TV 29" dari apartment 4 tingkat nih. Barang2 dh dipos ke Kuala Lipis Isnin lepas, berdarah mata kena hulur 2 rat lebih untuk dua kotak barang. Separuh barang didermakan je, separuh lagi dijadikan sebagai pembakar semangat seseorang, separuh lagi? Err..dah selamat ke tempat pelupusan sampah. Dalam kesibukan bercampur kemalasan tahap ketiga (kalau boleh dianggap) mengemas barang2, boleh terlupa pasal pasport, kalut mencari. Nasib baik ada, kalau tak, memang tak lepas balik. Berjanggut di tempat orang, sanggup? Boleh! :)Ouch! Dah tinggal hari-hari terakhir di Sarawak Bumi Kenyalang. Hari ni sampailah Rabu depan, bakal menghadiri Kursus Asas Keusahawanan Siswa 2010 di Santubong Resort (Pernah menginap di hotel ni 1 ketika dulu, bagusnya!) 35 siswa/i bakal berkampung di sana (sepatutnya 40 kot). Dengarnya, banyak aktiviti menarik & bila diteliti tentatif program, mungkin saja diaspirasikan daripada rancangan kegemaran, The Apprentice. Teruja! Sambil menyelam, minum air. Sambil berkursus mencari ilmu perniagaan, dapat mencuri masa untuk bersama yang tersayang :)Till then, goodbye! Will be update later. Hopefully..

Apresiasi Cik Deqlah :
* Thanks to Ieja jumpe semalam & bagi kerepek yang sedap! Hati2 dalam flight, jgn sesat ke Chiang Mai plak hehe..
* Happy Birthday to Sunee. Moga Allah memberikan hidayah kat dia untuk lebih mendalami Islam dan memahami Islam lebih lanjut. Tq membuka mata & minda ni secara tak langsung.
* Hope Ana tabah dengan masalah semalam, gonna miss u babe! thanks 4 keep in touch wit me no matter wut.
* "kau pergi aku yang hilang"..Dila, walau jauh, chemistry kita kuat yunk! :D Tq 4 ur thought.
* Thanks to Aen & Nadzri 4 helping me with my stuff last night.
* 9 Mei, Hari Ibu. Selamat Hari Ibu untuk mak, Puan Normah Haji Ahmad. Love u mum! Thanks 4 ur great love mak.. U r the greatest!

Moga aku tabah & kuat untuk hadapi satu lagi episod perpisahan tamat je kursus ni nanti. Permudahkanlah segala urusanku Ya Allah.. Amin Ya Robal Alamin..

May 4, 2010

Selamat Tinggal Sahabat.. :(

Hmm..sampai gak saat2 perpisahan aku dgn kwn baik aku--Roziyana Omar--.. Yelah, setiap pertemuan akan ada perpisahannya. Walaupun saat2 terakhir kat Unimas, die tade byk masa untuk aku, tp tadi aku mtk gak dia kuar dgn aku. Dia temankan aku ke butik jap, & then pi mkn KFC utk kali terakhir..KFC tempat lepak fav kami, dari dulu! & die sgt2 sukekan cheesy wedges, wajib diordernya.. hehe.. sempat spent time utk 2 jam je. Pas solat, aku turun anta die kat keta, x dpt anta ke eport. Keta full. Flight dia kol 3 nie. Dan, cam yang aku jangkakan, die menanges! She hug me, kiss me & its a sad situation 4 me actually.. Pasni, masing2 akan berhadapan dgn kehidupan masing2, akan adakah masa utk bertemu? Dah tade lagi kata2 cam, "jumpe ko next sem!"...Mohon maaf andai ada salah silap sepanjang berjuang mendapatkan segulung ijazah. Ana, insan terbaik yang aku kenal, dialah yang tahan dgn gurauan aku, nakal aku, usikan aku, marah aku, sanggup mendengar masalah2 aku, selalu merindukan lawak2 pandai aku, seseorang yang selalu cubit pipi aku ni, pimpin tangan aku bila melintas jalan, pemberi komen yg baik bila part memilih pakaian & part mengutuk orang lain!, doctor peribadi aku gak, selalu berborak jarak jauh dari beranda apartment masing2, kawan yang selalu menjerit nama aku dari tingkap bilik die, nasihat aku, bebelkan aku & usaha untuk ada di saat aku sedih, kecewa, gembira, & dia jarang mengecewakan..kawan, kdg2 kita saling menyakitkan hati, kdg2 kita sengaja berjauhan utk beri ruang bertenang bila berkonflik, kdg2 tanpa disedari, kita gak saling mencemburui. Tetapi, yang paling indah, kita masih boleh tersenyum & bergelak-ketawa bila keadaan dh tenang semula, positifnya dapat kita tgk bila hubungan kita semakin rapat selepas kita berkonflik. The beauty side of a conflict. Aku akan sentiasa merindui kau Ana!

April 18, 2010

~Kelip-Kelip Di Hatiku~

1. Keta excident : Done!
2. Urusan book ticket flight : Successfully Done!
3. Urusan Mastercard : Consider Done!
4. Backpain + Headache : as usual, ignore. :D
5. Permintaan & tuntutan perasaan : 8 tahun memendam rase?? Waklu.. U shocked me Azrin. Later oke.
6. Kes sentap : Errr..KIV.. Hakhak~

Alhamdulillah..
Focus pada exam sok.
---> Complimentary paper (MEC 1033: Healthy Lifestyle)
Taken under Associate Professor Dr. Tin Win.
MBBS(Rgn) MMedSc(Surg)(Rgn)
Head, Department of Surgery,
Faculty of Medicine And Health Sciences.

*Panjang benor pangkat2 segale. Heh!
Wish me luck~ (~.^)

Dear Sweetpie, Hey Girl, Miss u Damn Much! *iklan selingan oke.. hehe

April 9, 2010

Sweet Smooth Moment!

Huarghhh!! 08042010----> 24 tahun dh Cik DeQLaH. Dalam pada gembira dgn sambutan, ingatan, ucapan keluarga, kawan2, cikgu2, lecturer, ex-boys (lengkap 3 org tuh! :p) , aku sebenarnya dalam masalah besau! haha. Tapi takpe, tade hal. Tolak tepi dulu. Special thanks to my family members . Sempat gak order macam2 b4 aku fly balik Mei ni. Ceh! Order pakai air-liur plak tuh..Apekah?? :p Perihal family yang membuatkan aku sentiasa gembira, gelak-sakan, kadang2 bersedih or terasa hati, sebenarnya sesuatu yang aku sangat-sangat hargai. Okeh, err sangat banyak ucapan terima kasih kat kwn2. Susah gak aku nak state sume. hehe. Cramp gak lah jari-jemari kasarku ini membalas sms2 & menjawab call. Nasib x patah jek, kalo x, mana mau sarung cincin bai?? haha. Pagi bufday aku, dlm 2.30, aku keluar dgn one of my close boyfriend. Kol 5 lebih br balik. He needs me, he got problem. So, layan jelah even sepatutnya aku bergumbira dlm birthday party yang telah diplan oleh geng2 lain. Member tgh sedih kot..hadiah? hurm.. sangat2 la disukai semuanya :) Thanks indeed. Birthday celebration? Mana sempat jelah. Thanks Ana & sys, yg lain, I'm so sorry. Penat kot. hehe..24 tahun, usia hanya nombor. Yang penting, hati kena baik, wawasan diri kena baiki, matlamat hidup biar jelas & pendekatan yang bagus kena digunakan dalam hidup ni. When I look at my to-do list, *sigh.. Too many things pending. So, from now on, I have to clear all those unimportant things, put aside, and do something about my my top-list priority things to do. Need moral support & motivation. Kekuatan dalam diri aku cukup, tapi kalaulah aku berpeluang untuk memiliki sokongan dari mereka-mereka di sekeling, maka aku lah insan paling bersemangat! Terkelip-kelip gak aku menongkah dugaan hidup. Seorang diri, perempuan, di tempat orang? X. Aku tak rase camtuh. Luarannya mmg ah, tapi secara realitinya, hidup aku sentiasa ceria. Jangan buat hidup ni susahlah. So bored when your life is so damn complicated dude. Carilah/ciptalah/buatlah ape2 perkara terindah yang boleh menceriakan. Life is short, make it memorable. Its better than keep on live a bored life. Hidup kena ada cabaran, barulah berwarna-warni. Optimistic. Yup, eventhough I am very secretive person, so hard 4 me to tell people about my problem(s). But its not a problem 4 me. We are the one who should conquer the problem(s), and NEVER let the problem(s) conquer you & your mind. Simple. Find your happiness. For me, I have some nice & true friend in my life that always there 4 me, no matter what. Guess what, this type of peoples always makes me smile. Tuh la, peribahasa Melayu ade sebut, kawan biar 1000. Pada aku, sejuta pun tade hal! I am happy coz I have YOU!

March 27, 2010

.LiMiteD SpeCiaL EdiTioN.

Toing-Toing-Toing! Yup, kembali untuk mencoret bingkisan pengalaman semalam. Giler kentang bai! Kubah National Park. Mendaki sejauh 2km+ & jungle trekking sejauh 1385 meter ke dalam hutan, total time? about 2 hours gak. Fuh! Puas & happy! My fav things to do bro. Climbing, extreme journey, travelling, anything that can maximize my adrenalin! This sense of adventure drives me crazy! hehe.. Well, if it ain't an adventure, it ain't worth doing :) Ade gak terase lactic-acid-accumulation. Actually, this is not my 1st time there. Before ni dh ke sane, with 7 more girls, & diberi kepercayaan untuk lead, baca map segale. Semalam jadi tukang buang pacat..xpe, syukurlah semua selamat. Waterfall sangat cun! Sejuk. Layan mcD di tengah hutan, Terbaek-lahhh..Stamina masih berbaki (hasil (+)ve dari physical xtvt aku every evening kot), so balik je dr extreme journey, terus melepak kat Telaga Air plak. If people from Sarawak, (especially from nearest area) mesti taw Telaga Air nih. Kinda like emmm..Waterfront. Dh penat bergambar segale, teruskan perjalanan ke Kota Samarahan. Melepak plak kat Grandstand. Tetibe nampak my besties tgh jog, dipanggil dia datang menghampiri. Hmm. Ada mslh rupanya, kalau x, xkan dia jog sorang. Terasa bersalah sebab mengabaikan saat dia memerlukan, tapi yelah, aku pun ade juga keinginan sendiri, kehidupan sendiri. So, malam semalam terus sms dia & ajak lepak same2 tgk tv, temankan dia ke blok dia. We have a girl's talk. Try untuk menceriakan dia. Hope dia tabah lah hadapi. Last night, Earth Hour. Ade la gak kwn2 sms wish 4 this simbolic action to global warming. Hmm. Budak2 political echology mesti sgt2 memahami erti global warming. Aku sekali?? hehe. Yup! Support la gak, tapi tetap tgk TV. News kot, mana aku boleh skip. hehe. Earth hour ni antara niai-nilai murni yang cuba dipraktikkan supaya kesedaran di kalangan manusia tuh wujud. Propaganda? Sort-of. But in a (+)ve way. We are the one who destroyed our planet, so its time to heal it, whatever it takes, at all cost. Whoaaaa cam aktivis dh aku yek! This type of aesthetic values, only practised by those from the middle class. For lower class group of people, they don't bother. Cam kat kawasan2 pedalaman kan, they only have this kind of generator, boleh guna 12 jam je, dorang x boleh nak kisah sgt, sbb terikat dgn kelangsungan hidup yang mcm ni. Kita senang, ATM ade, if lapar, tekan2 kuar pi mcD, Burger King, Pizza, etc dan jadi gemok! Diorang? No such things. They have to survive with their own way. If poverty happen in urban area, u'r dead meat.. But, if poverty in those rural area, they still can survive with their survival in the jungle, searching for food, built hunt for protection, & ol those kind of jungle-things. Tahlah, nape aku pk & citer hal2 camni. Tapi, aku kagum lah dgn spirit peoples from rural area. Pagi tadi terbangun semule kol 8 am! Yup, aku salu tdo pas subuh hehe..Minggu Apresiasi Alam Sekitar Alamanda 2010. Maka, gegak-gempita la seluruh alam dgn lagu2 yang urusetia pasang kuat2, macam nak pecah gegendang telinga aku. Teruslah bangun, membasuh, & melepak tgk citer cartoon. Spongebob of course. Ahad aku bangun awal pun sbb Spongebob jek. haha! Aku kena prepare speech nih, Selasa ni present. Hope ade luck cam dulu (kenangan giler!), since aku presenter ke-8. My fav number.. GoOd_LucK!! (^.~)
**Special 4 Norshaliana Ishak a.k.a Nieyna a.k.a Dolly Annabella, congratz 4 ur convocation yesterday dear! I'll pray the best 4 u. Master? DPLI? KPLI? Hehe..
--->> Mau keluar lah..lalalaaa~~

March 22, 2010

Kisah Seorang Mak Anjang

Semalam, mantan kekasih (hakhak! ex-boy ler tuh) sms aku time die on the way balik ke KL semule. Beginilah di antara dialog2 pelakon dunia ini.
Dia : Emm..Bila saya boleh bawak mak ayah saya dtg umah awak?
Aku : La. Bukan selama ni mmg korang salu dtg umah ke? Dtglah bile2 nak.Tade hal
*smbil menggaru2 jari hantu yg tetibe gatal.
Dia : Errr.. Bukan yg biase2 ni. Saya siyes wak.. Bila?
Aku : Huh! Lempang kang. Dtg jelah. Sejak bile ade tanye2 segale?
Dia : Maksud saya, dtg merisik...
Aku : Nanti la sms lagi. Ade keje cket. Tata. (T-I-P-U)

Dan aku tergelak2 jek pk balik sms die. Mmg aku tgh bace comic, tapi geli hati bkn sebab comic tuh..Wakakaka! Aku ingatkan datang sesaja. Giler! Wahai mantan kekasihku, ketahuilah oleh dikau, bahawa aku, Cik Deqlah, no surat beranak, 179333, masih belum bersedia untuk semua nih. Katanya lagi, sanggup tunggu. Haah, silalah habiskan masa kau menunggu aku. Masa yang aku ade, aku nak manfaatkan untuk hal-hal lain. Ini? Belakang kire sat no..Masih belum mencapai target, relax dow. Heh!

Tadi, pas je submit assignment Mr. Kelvin, aku and bestfrenku, Cik Ana menapak ke fakulti. Dengan niat nak tengok jadual final exam, so senanglah nak book ticket flight nnti. Tibe2 terserempak dengan Timbalan Dekan aku. Erk! "Hah awak. Saya nak tengok muke awak ada taw, untuk dinner Ahad ni. Saya tak kira. Baru 30 orang yang joint, come on la. Kita ada 6 program under this faculty kan. The more the merrier. Okay?" Dan aku berpura-pura bertanya info2 pasal dinner nih. Yang bakal bergraduat WAJIB joint, tema? Masquerade. Hoh! pakai je topeng otomen, habis cite. Aha! Ana dh bising2 dengan harga yang ditetapkan. Venue? Sarawak Golf Club. Aik! Bukan hall kat padang golf dalam Unimas ke tuh? Heh! Terus aku membatalkan niat mahu meramaikan dinner ni. Tgh syok2 makan kang, jatuh plak bola golf dalam pinggan. Naya jek. Haha. bawak main bowling lagiiiii masyuk pe. Durhaka plak dgn Timbalan Dekan yang memang kenal rapat ni, dah dianggap seperti seorang ibu gak. Hmm.. Xpe. Tengok dulu listname yang joint, kalo ade muke2 kacak buat cuci mata, oke count me in plish! Teettt! :D

Jumaat ni kena submit sebijik lagi assignment, then aku just kena submit form untuk kelas Medic, then ade 1 lagi presentation, & relaxlah pastuh. *Final exam aku end of April nanti. Dua paper je pun. Pastuh tamatlah degree aku nih. Yippie! Yabbedabeduu! Hooray! Yay! (ade sedikit sedih la, next episode la post part sedih). Teroskan usaha lah. Ape main-main, malas-malas ni? Hehehe..Arini mood aku sangat2 gembire!

March 19, 2010

Perfectionist, sometimes it ruins everything dear..

Its a gloomy day! Urghhh~ kenapa? kenapa? kenapa? kenapa nak kisah sgt? Peganglah kata2 kau selama nih ---> buat derk je, pedulilah, lantaklah, ade aku kisah.. Ke mana hilangnye defense mechanism kau selama ni? Bercampur-baur perasaan skang. Marah tuh kan negatif sifatnya. Memburukkan keadaan je. Tapi tuh lah hakikat, kenyataan, situasi yang akan tejadi. Lagi dan lagi. Berdiam diri. Menjauh sebentar. Bukan aku yang nak sangat memilih jalan ni, tapi aku TERPAKSA! Don't worry too much, I'm gonna be okay after a while. Jgn gelabah. Just go through this obstacle as before. Cuba untuk hadapi semua ini. Bukan kebetulan, tapi takdir. Baru berniat untuk kembali gembira. Siapa yang mampu mencapai mahumu, bila mana kau juga seorang manusia? Satu lagi dugaan dan ujian dari Yang Maha Esa. Setakat mana kemampuan untuk menerima, menghadapi, bertahan? Ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku untuk menghadapi dugaanMu. Amin.

.Hakuna Matata.

March 18, 2010

PaRt oF tHe LisT..

Style of you hair,
Shape of your eyes and your nose,
The way you stare
As if you see, right through to my soul
It’s your left hand and the way
That it’s not quite big as your right
The way you stand in the mirror
Before we go out at night

Our quiet time
Your beautiful mind.

They’re all part of the list, things that I miss
Things like your funny little laugh
Or the way you smile, or the way we kiss
What I noticed is this
I come up with
something new
Every single time
that I sit and reminisce.

The way your sweet smell,
Lingers when you leave a room
Stories you tell as we lay
in bed all afternoon
I dreamed you now every night
In my mind is where we meet
And when I’m awake
staring at pictures of you asleep

Touching your face,
Invading your space.

And you live in my memories
Forever more I swear
You live in my memories
Forever more I swear.

March 17, 2010

::Suara, Ku Berharap Kau Kembali ke Pangkal Tekak::

12-14 Mac 2010 : Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT, Kampung Tanah Hitam, Sematan, Sarawak. Yeah! Family angkat aku yang seterusnya. (*mak aku dh tahap merajok aku byk family angkat!)-Jangan kau bimbang sayang, di mana ku berada, aku tetap kau yang punya-.. Wah! haha sengal. Program ni byk bagi Cik Deqlah pengalaman2 baru. Terima kasih atas kepercayaan. 29 orang students. Satu lagi team, under the same programme ke Simunjan. Team ke Sematan ni, half of us pernah bersama-sama utk program sebelumnya, so agak best ah. Quit tired tapi sangat2 menikmati program ni. Semua bagi kerjasama yang baik, sesetengah jelah yang aku tak puas hati. Since dorang ingat dorang kenal aku, so boleh la nak watpe je? Tade makne. Tros aku sound jek. Tapi cara yang berhemah la, xnak ade yang kecik hati. Pendekatan kena baik bro, aplikasikan dari pengalaman-pengalaman sebelum2 ni jugak. Last day, kena berucap plak. Prepare teks ucapan sekadar yang terlintas di fikiran. Turun je dari stage after penyempurnaan Majlis Penutupan, press datang menghampiri. Interview dow! haha..aku yang dok blur2, cuba jelah menjawab sebaik mungkin. Coz dlm majlis ade S/U kepada YAB Ketua Menteri Sarawak. So, adelah press datang. Ade kuar kat tv petang hari kejadian. Aku xlah gitaw family, malu seh. hehe. Senyap2 jek. Skang dh masuk hari ke 5 suara aku tade. Arghhhh! Before program lagi, aku sememangnya tak sihat. Demam, flu, batuk. Macam2 ubat aku telan (sangat x suke ubat!. Mak angkat plak kasi aku makan sirih yang dijampi beliau. Tup-tup, tros jadi semakin parah. Tade suare! Adoi3. Sangat pahit dan pedas sirih itu. Tapi tuh lah. Amek hati family kan. Layankan aje. My bestfriend baru je call tadi, sangat happy dengar suara die yang bakal bertunang diz coming Saturday. Congratz dear! All the best, pasni dah jadi tunangan orang, ape2 tindakan pun nak kena pk utk dua family. Lepas anta Ana balik habis layan movie sama2 tadi, aku call Ain plak. My bestfren from Penang. Pelik katanya, dh lama saket. Aku lagilah pelik. hehe. InsyaAllah, x lama lagi suara kembalilah ke pangkal tekak. Gudluck with ur thesis yah~ :) Hmm..sangat2 keseorangan. Lonely in chaos. Siapa sudi temankan saat begini? Movie Naruto+comics! Cotton-Candy-Dreams! Assalamualaikum.

March 11, 2010

Penghapus Dosa-Dosa Kecil



Ha. Amek ko Deq. Dlm tempoh sebulan ni, ade dua kali dh ko demam+flu+batuk segale. tuh lah, x jage kesihatan (provokasi dalaman)..haha. siyes, aku tak selesa saket begini. Semalam je, dekat kol 6 pagi baru leh lelap. Tuh pun setelah puas aku dok racing dlm game, godek2 lappy, kemas2 bilik, lipat pakaian (sungguh tak ku sangke), layan hitz. huh! Kepale pening, hidung berair2, cough. arghh~ Copp!! Ini semua ade hikmah. Bila kita sakit, kan sebagai penghapus dosa-dosa kecil. Dosa besar camne plak? Ha yang tuh lu pk lah sendiri nyahhh~.. Tadi pakse gak telan makanan, even rase cam telan pasir kat Cherating nun. huhu. Sebab sok smpai Ahad, aku ade Program Rakan Muda Wawasan Desa kat Semantan. 3D 2N. Tepi pantai wok! Kire aku bakal ade family angkat kedua la kat Sarawak Bumi Kenyalang nie afta yang kat Kg. Tebelu dat day. Sbb tuh aku pakse gak telan panadol, ubat batuk, flu segale. Hope everythings gonna be better. Wat derk je, relax suda. Haha.. Aku tetap aku, yang suke kepada cabaran. Lantaklah ape orang lain nak cakap. Time kasih kepada yg sudi menasihat utk kesihatan aku. Semoga Allah merahmati kehidupan korang. Amin.

p/s : Bila tah aku nak berkemas2 barang2 nih. Malaasssssnyer!

March 5, 2010

Permulaan atau pengakhiran?

Hahahaha!!! Giler gaban. lama aku tinggalkan blog ku nih, bersawang-sawang ye dok. Ish. Kebetulan punyai sedikit masa terluang, maka lancar jariku menaip password blog yang terlintas di fikiran. Nah! Rupanyer~ Jika blog ni mampu bersuara, harus ku dimarahi, ditengking, dan bermacam 'di' lagi la.. Bagaimana mahu memulakan? Apa yang telah dilalui sepanjang tempoh bertenang dari penulisan? Terlalu banyak. Tak mampu untuk menzahirkan segalanya di sini. Biarlah aku je yang tahu. Wah! oke, cut the crap. haha xmo la jadi terlebih sensitif, mengambil kata-kata seorang pelakon di dalam filem P.Ramlee, 'sikit-sikit sudahlahhhh..' Hmm. Sabtu. Biasanya aku taklah bangun seawal ni. Mungkin sahaja terganggu dengan flu sejak semalam. Flu? Remind me to someone. Kadang-kadang (actually selalu jugek!), ape yang jadi kat die, akan jadi kat aku. kebetulan? Nop! Takdir. Ape aku nak wat hari ni. Attending college open-day? Menyambar sehelai dua shawl yang ditag melalui FB? atau berjalan-jalan ke Pasar di UiTM sana, menemani kawan2 membeli keperluan untuk booth esok? atau duduk di rumah, melayan cerita hindustan? opppSS! reject yang ketiga ini. Xpe, macam biase, Cik Deqlah jarang plan ape2 xtvt. Just go with the flow. Idea pasti hadir menjenguk ruang minda, menuntut tindakan susulan yang selalunya berakhir dengan kegembiraan! Semalam menyuarakan hajat kepada seorang teman rapat, "aku ingat nak beli gitar, ko still ade contact number si polan bin si polan, so that aku leh belajar dari die.".. Temanku tersenyum, lantas mahu diberikan nombor yang diminta. Tapi, aku plak wat derk. Mungkin saja sedang menumpukan perhatian kepada filem di tv-My Super Ex-Girlfriend lakonan Uma Thurman. Later lah, kalau beli pun, tade masalah. Akan dimanfaatkan since final sem aku ni sangat membosankan. Yelah, class x byk. Dua je. Satu lagi situasi yang menarik perhatian Cik Deqlah : membela hamster!.. Tak taw la.. Tengok dulu. Takot mati kejung je binatang comel tuh nanti. Ya Tuhan, perut semakin digasak segala mcm asid minta diberi perhatian.. GTG.
P/S: Sekarang sgt obses (jika boleh dikatakan) lagu Trouble Is A Friend by Lenka & Suara Ku Berharap by Hijau Daun. Layaann! :)