Semalam, mantan kekasih (hakhak! ex-boy ler tuh) sms aku time die on the way balik ke KL semule. Beginilah di antara dialog2 pelakon dunia ini.
Dia : Emm..Bila saya boleh bawak mak ayah saya dtg umah awak?
Aku : La. Bukan selama ni mmg korang salu dtg umah ke? Dtglah bile2 nak.Tade hal
*smbil menggaru2 jari hantu yg tetibe gatal.
Dia : Errr.. Bukan yg biase2 ni. Saya siyes wak.. Bila?
Aku : Huh! Lempang kang. Dtg jelah. Sejak bile ade tanye2 segale?
Dia : Maksud saya, dtg merisik...
Aku : Nanti la sms lagi. Ade keje cket. Tata. (T-I-P-U)
Dan aku tergelak2 jek pk balik sms die. Mmg aku tgh bace comic, tapi geli hati bkn sebab comic tuh..Wakakaka! Aku ingatkan datang sesaja. Giler! Wahai mantan kekasihku, ketahuilah oleh dikau, bahawa aku, Cik Deqlah, no surat beranak, 179333, masih belum bersedia untuk semua nih. Katanya lagi, sanggup tunggu. Haah, silalah habiskan masa kau menunggu aku. Masa yang aku ade, aku nak manfaatkan untuk hal-hal lain. Ini? Belakang kire sat no..Masih belum mencapai target, relax dow. Heh!
Tadi, pas je submit assignment Mr. Kelvin, aku and bestfrenku, Cik Ana menapak ke fakulti. Dengan niat nak tengok jadual final exam, so senanglah nak book ticket flight nnti. Tibe2 terserempak dengan Timbalan Dekan aku. Erk! "Hah awak. Saya nak tengok muke awak ada taw, untuk dinner Ahad ni. Saya tak kira. Baru 30 orang yang joint, come on la. Kita ada 6 program under this faculty kan. The more the merrier. Okay?" Dan aku berpura-pura bertanya info2 pasal dinner nih. Yang bakal bergraduat WAJIB joint, tema? Masquerade. Hoh! pakai je topeng otomen, habis cite. Aha! Ana dh bising2 dengan harga yang ditetapkan. Venue? Sarawak Golf Club. Aik! Bukan hall kat padang golf dalam Unimas ke tuh? Heh! Terus aku membatalkan niat mahu meramaikan dinner ni. Tgh syok2 makan kang, jatuh plak bola golf dalam pinggan. Naya jek. Haha. bawak main bowling lagiiiii masyuk pe. Durhaka plak dgn Timbalan Dekan yang memang kenal rapat ni, dah dianggap seperti seorang ibu gak. Hmm.. Xpe. Tengok dulu listname yang joint, kalo ade muke2 kacak buat cuci mata, oke count me in plish! Teettt! :D
Jumaat ni kena submit sebijik lagi assignment, then aku just kena submit form untuk kelas Medic, then ade 1 lagi presentation, & relaxlah pastuh. *Final exam aku end of April nanti. Dua paper je pun. Pastuh tamatlah degree aku nih. Yippie! Yabbedabeduu! Hooray! Yay! (ade sedikit sedih la, next episode la post part sedih). Teroskan usaha lah. Ape main-main, malas-malas ni? Hehehe..Arini mood aku sangat2 gembire!