kepakchicken.bLogspot

March 5, 2010

Permulaan atau pengakhiran?

Hahahaha!!! Giler gaban. lama aku tinggalkan blog ku nih, bersawang-sawang ye dok. Ish. Kebetulan punyai sedikit masa terluang, maka lancar jariku menaip password blog yang terlintas di fikiran. Nah! Rupanyer~ Jika blog ni mampu bersuara, harus ku dimarahi, ditengking, dan bermacam 'di' lagi la.. Bagaimana mahu memulakan? Apa yang telah dilalui sepanjang tempoh bertenang dari penulisan? Terlalu banyak. Tak mampu untuk menzahirkan segalanya di sini. Biarlah aku je yang tahu. Wah! oke, cut the crap. haha xmo la jadi terlebih sensitif, mengambil kata-kata seorang pelakon di dalam filem P.Ramlee, 'sikit-sikit sudahlahhhh..' Hmm. Sabtu. Biasanya aku taklah bangun seawal ni. Mungkin sahaja terganggu dengan flu sejak semalam. Flu? Remind me to someone. Kadang-kadang (actually selalu jugek!), ape yang jadi kat die, akan jadi kat aku. kebetulan? Nop! Takdir. Ape aku nak wat hari ni. Attending college open-day? Menyambar sehelai dua shawl yang ditag melalui FB? atau berjalan-jalan ke Pasar di UiTM sana, menemani kawan2 membeli keperluan untuk booth esok? atau duduk di rumah, melayan cerita hindustan? opppSS! reject yang ketiga ini. Xpe, macam biase, Cik Deqlah jarang plan ape2 xtvt. Just go with the flow. Idea pasti hadir menjenguk ruang minda, menuntut tindakan susulan yang selalunya berakhir dengan kegembiraan! Semalam menyuarakan hajat kepada seorang teman rapat, "aku ingat nak beli gitar, ko still ade contact number si polan bin si polan, so that aku leh belajar dari die.".. Temanku tersenyum, lantas mahu diberikan nombor yang diminta. Tapi, aku plak wat derk. Mungkin saja sedang menumpukan perhatian kepada filem di tv-My Super Ex-Girlfriend lakonan Uma Thurman. Later lah, kalau beli pun, tade masalah. Akan dimanfaatkan since final sem aku ni sangat membosankan. Yelah, class x byk. Dua je. Satu lagi situasi yang menarik perhatian Cik Deqlah : membela hamster!.. Tak taw la.. Tengok dulu. Takot mati kejung je binatang comel tuh nanti. Ya Tuhan, perut semakin digasak segala mcm asid minta diberi perhatian.. GTG.
P/S: Sekarang sgt obses (jika boleh dikatakan) lagu Trouble Is A Friend by Lenka & Suara Ku Berharap by Hijau Daun. Layaann! :)